suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Trofi' Liga Juara-Juara Di Betis Neymar

MENJELANG perlawanan peringkat 16 pasukan Liga Juara-Juara, Neymar tampil dengan persediaan tersendiri.

Pemain Paris Saint Germain (PSG) itu menghiasi betisnya dengan lukisan tatu trofi Liga-Juara-Juara.

PSG bakal berdepan dengan Real Madrid Rabu ini di Santiago Bernabeu bagi pusingan pertama kalah mati.

Neymar memuat naik gambar tatu di Instagram miliknya.

Bintang Brazil itu mahu memastikan apa yang diingini tercapai musim ini termasuk membantu kelabnya menjulang trofi tersebut.

Neymar,26, pernah menjulang trofi ini ketika bersama Barcelona pada tahun 2015.

Dia juga turut menambah lukisan tatu berupa beberapa ekor burung di bahagian lehernya yang bermaksud - kebanggan, hormat, berani, maruah dan kepercayaan.

Neymar, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Felda United Ketuai Liga Perdana

Artikel Lain