suria

Mbappe Rai Kemenangan Di Disneyland

KYLIAN Mbappe meraikan dua golnya ketika Paris Saints-Germain (PSG) menundukkan Angers 5-0 pada Sabtu dengan berkunjung ke Disneyland Paris.

Pemain berusia 18 tahun itu berkongsi sekeping gambar di taman tema popular tersebut dengan pengikutnya di Instagram. 

"Perjalanan yang istimewa @Disneylandparis," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Mbappe mempamerkan aksi luar biasa bersama PSG selepas berhijrah ke kelab Perancis itu secara pinjaman dari Monaco pada Ogos lalu.

Dia menjaringkan lima gol bersama PSG dalam semua perlawanan setakat ini.

Dengan ketiadaan Neymar pada perlawanan itu, Mbappe dilihat tiada masalah bergandingan bersama dengan Edinson Cavani.

Mereka masing-masing menjaringkan dua gol manakala satu lagi gol disumbangkan Julian Draxler.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Unai Emery itu kekal di puncak liga dengan kelebihan empat mata.

Neymar yang mencatatkan rekod perpindahan dunia tidak memperkuat pasukan itu kerana bergelut dengan kecederaan paha.

Kylian Mbappe, PSG

Artikel Sebelum

Isteri Safiq Rahim Pilih Diam!

Artikel Berikut

Artikel Lain