suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pemain Man United Digantung

Patrice Evra (tengah, kiri) ditenangkan rakan sepasukan selepas terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Marseille sebelum perlawanan Liga Europa ketika menentang Vitoria SC di D. Afonso Henriques di Guimaraes, Portugal pada Khamis lalu. Foto AP

MASA depan Patrice Evra di Marseille semakin samar-samar apabila beliau digantung kelab selepas memukul penyokongnya di bahagian kepala sebelum pertembungan mereka dengan Vitoria Guimaraes dalam Liga Europa.

Bekas pemain pertahanan Manchester United berusia 36 tahun itu bergaduh dengan para penyokongnya sebelum perlawanan pada malam Khamis lalu.

Seorang penyokong diserang Evra dalam insiden pergaduhan itu.

Kelab dalam Ligue 1 Perancis itu berkata, mereka akan mendapatkan keterangan Evra sebelum memutuskan tindakan lanjut.

Bagaimanapun pemain itu disingkirkan dalam pertimbangan skuad pertama kelab berkenaan.

Menurut satu kenyataan: "Presisen Marseille, Jacques-Henri Eyraud telah bertemu dengan Patrice Evra dan memaklumkan mengenai penggantungannya berkuat kuasa serta-merta dan beliau akan dipanggil untuk memberi keterangan sebelum diambil sebarang tindakan disiplin." - Mail Online

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A Itali

Artikel Berikut

Artikel Lain