suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Anak Buah Conte Enggan Ke Stamford Bridge

USAHA Antonio Conte memperkukuhkan barisan pertahanan Chelsea meniti jalan berliku apabila bekas pemainnya di Juventus dilaporkan enggan berpindah ke Stamford Brigde.

Conte menjadikan Leonardo Bonucci sebagai pilihan ideal untuk menggantikan John Terry dengan menawarkan harga setinggi 45 juta pound sterling untuk pemain kelahiran Itali itu.

Namun difahamkan, Bonucci tidak mahu meninggalkan Juventus yang disertainya sejak tujuh tahun lalu semata-mata kembali berkhidmat untuk Conte di Chelsea.

BONUCCI

Ini kerana Bonucci yang merupakan seorang daripada bek tengah terbaik Eropah, dipercayai mahu kekal di Turin dan membantu Juventus memenangi gelaran Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Real Madrid awal bulan lalu.

Selain Bonucci, juara Liga Perdana Inggeris itu mahu membawa seorang lagi pertahanan Juventus, Alex Sandro ke London dengan nilai 61 juta pound sterling, sekali gus memecah rekod dunia bagi pemain pertahanan.

The Blues dilapor menawarkan kontrak dengan gaji sebanyak 160,000 pound seminggu kepada pemain berusia 26 tahun itu dan Juventus mengesahkan pihaknya telah menerima tawaran tersebut pada minggu lalu. - METRO.uk

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain