Philipp Lahm Umum 'Gantung But' - Sukan | mStar

Philipp Lahm Umum 'Gantung But'

Philipp Lahm menerima sejambak bunga sebelum perlawanan menentang VFL Wolfsburg, awal pagi Rabu -fotoREUTERS
KAPTEN Bayern Munich, Philipp Lahm, mengumumkan bakal 'gantung but' pada akhir musim 2016-2017.

Lahm, 33, juga menyatakan bahawa dirinya belum bersedia untuk memegang jawatan pengarah sukan yang ditawarkan oleh pengurusan The Bavarians kepadanya.

Bekas pemain kebangsaan Jerman ini masih terikat dengan kontrak bersama Bayern Munich hingga musim panas 2018.


Namun Lahm telah membulatkan tekad untuk bersara selepas musim ini berakhir.

"Saya akan bersara pada akhir musim. Saya telah memutuskan bahawa waktu ini bukanlah waktu yang tepat untuk saya menerima tawaran sebagai pengarah sukan," kata Lahm, memetik Soccerway.

Lahm telah bermain dalam 501 pertandingan bersama Bayern sejak membuat penampilan pertama dengan skuad itu pada 2002.

Lahm memulakan kariernya bersama pasukan akademi Bayern dan pernah dipinjamkan selama dua musim ke VfB Stuttgart dari 2003 hingga 2005.


Sepanjang memperkukuhkan Die Roten, dia telah meraih tujuh trofi Bundesliga, enam DFB Pokal dan satu Liga Juara-Juara.

Lahm juga membantu pasukan Jerman menjadi juara Piala Dunia 2014 selepas kemenangan 1-0 ke atas Argentina.

Selepas perlawanan itu, Lahm memutuskan untuk bersara dari arena antarabangsa.

Lahm masih berpeluang menambah koleksi kemenangannya sebelum bersara.

Bayern setakat ini mara ke suku akhir DFB-Pokal, menerajui carta Bundesliga dan masih bertahan di Liga Juara-Juara.
Bayern Munich , Philipp Lahm , bersara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Bayern Munich Belasah Arsenal

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain