suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola Puji Jesus

Gabriel Jesus. Foto Reuters

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola memuji tiga kelebihan Gabriel Jesus selepas pasukannya menundukkan Swansea City dengan 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Dua gol Manchester City diraih Jesus pada minit ke-11 dan (90').

"Gabriel Jesus seorang yang kuat, tangkas dan mempunyai pergerakan yang amat baik," kata Guardiola kepada BBC.

""Dia tiba pada waktu yang sangat tepat. Kita senang memiliki dia," tambah Guardiola.

Guardiola turut bersyukur pemain-pemain di bawah pimpinannya mampu berjuang sehingga ke minit akhir.

"Pertama kalinya kita memenangi perlawanan pada minit terakhir," ujarnya.

Kemenangan Manchester City sekali gus melonjakkan pasukan Guardiola ke tangga ketiga liga dengan 49 mata, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Swansea City pula turun ke tangga 17 liga, hanya satu mata dipisahkan daripada Hull City yang menghuni zon penyingkiran. 


Pep Guardiola, Gabriel Jesus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain