suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pogba Pakai But Pamer Emoji Twitternya

Foto PRiME Media Images/Andy Rowlan

WAJAH Paul Pogba ada di mana-mana dan kini terpampang di but pemain Manchester United itu sendiri.

Pemain bola sepak termahal di dunia itu beraksi dengan memakai but yang memaparkan emoji Twitter wajahnya dalam perlawanan Manchester United menentang Leicester City, awal pagi Isnin.

Pogba yang juga pemain Perancis itu mendapat banyak sokongan peminatnya secara dalam talian sehinggakan emoji Twitter rasminya dilancarkan baru-baru ini.

Bagaimanapun, sokongan yang banyak itu tidak menghalang Pogba untuk terus 'mempromosikan' dirinya dengan mencetak emoji berkenaan pada but yang dipakainya. 

But berkenaan sekali gus menarik perhatian ramai terutama di kalangan netizen yang memuji malah ada juga mempersoalkan tindakan tersebut. - Mirror



Paul Pogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Guardiola Puji Jesus

Artikel Lain