suria

Semangat Juang Pasukan Julang Kuantan FA

Aksi pemain PKNP FC Gilberto Valdenesio (depan) ketika perlawanan Liga Perdana 2017, PKNP FC menentang Kuantan FA di Stadium Perak pada 26 Januari 2017. - BERNAMA

KUANTAN: Semangat juang berpasukan yang tinggi dalam kalangan pemain menjadi faktor penentu kejayaan skuad Kuantan FA ketika bangkit menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi bola sepak Liga Perdana, Jumaat.

Malah jurulatihnya, Zulhamizan Zakaria berharap kejayaan mencipta kejayaan pada babak akhir perlawanan akan mengubah nasib pasukannya musim ini.

"Ini amat menggembirakan saya kerana percaturan 10 minit terakhir dengan memasukkan penyerang gantian berhasil.

"Jika musim lepas kita selalu tewas pada minit-minit akhir tapi kini situasi bertukar sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Darul Makmur di sini.

Tiga gol skuad 'The Seagulls' dijaringkan Ljubo Baranin pada minit ke-85 serta dua jaringan Nabilah Khan Razali pada minit ke-87 dan 90 selepas PDRM mendahului hasil sepakan penalti Dao Bakary pada minit ke-68.

Zulhamizan mengakui persembahan goyah pemainnya pada babak pertama cukup merisaukannya. 

"Saya jangka Kuantan FA berupaya dapat tiga mata tapi dengan cara permainan kita pada separuh masa pertama, harapan untuk menang itu tidak mustahil bertukar kepada kekalahan. 

"Namun gol Ljubo Baranin telah mengubah rentak permainan untuk kami bangkit mencatat kemenangan," katanya.

Sementara itu, jurulatih PDRM Fauzi Pilus berkata kekalahan dialami pasukannya menjadi pengajaran berguna buat pemain dalam mengharungi Liga Perdana musim ini. 

"Kita mendahului dan berasa selesa menguasai permainan tanpa berusaha menambah jaringan. Kita juga tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan lawan dan implikasinya, kita dihukum pada babak akhir perlawanan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Kuantan FA, Liga Perdana, PDRM

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super 2017

Artikel Berikut

Skuad Penyu Enggan Dabik Dada

Artikel Lain