suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berat Jentera F1 2017 Ditambah Enam Kilogram

MINIMUM berat bagi jentera Formula 1 dinaikkan sebanyak enam kilogram bagi musim 2017 berikutan penggunaan tayar Pirelli yang lebih lebar.

Peraturan teknikal terbaharu Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah dikeluarkan beberapa hari lalu dan menyatakan berat setiap kereta tanpa minyak tidak lebih daripada 722 kilogram sepanjang perlumbaan grand prix berlangsung.

Bagaimana pun Motorsport.Com secara rasminya mendedahkan perbezaan di antara tahun 2016 dan 17 yang mana tahun berat tayar telah ditambah kepada 6kg yang menyaksikan minimum keseluruhan jentera F1 musim ini adalah 728 kg.

Dilaporkan tayar bahagian hadapan musim ini lebih berat satu kilogram berbanding tahun lalu, manakala tayar di bahagian belakang lebih berat 1.5kg.

Secara rasminya, nilai berat sebenar jentera musim 2017 adalah 728kg.

Jentera F1, FIA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Piala FA, Ahad

Artikel Lain