suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thierry Henry Calon Ganti Arsene Wenger - Pires

ROBERT Pires yakin bekas rakan sepasukannya di Arsenal, Thierry Henry mampu membawa lebih kejayaan daripada Arsene Wenger di Stadium Emirates.

Henry, 39, menghabiskan lapan tahun di Arsenal sebelum menyertai Barcelona pada 2007. Dia kini dilantik sebagai penolong jurulatih Belgium.

Wenger, 66, menyambut ulang tahun ke-20 bersama Arsenal pada musim ini dan dijangka tidak akan dilanjutkan kontraknya.

Kedua-dua warga perancis itu sentiasa berkongsi ilmu kejurulatihan dan masih mengekalkan hubungan baik sehingga kini.

Malah sebelum menyertai skuad kebangsaan Belgium, Henry sempat menjalani latihan kejurulatihan di bawah Wenger.

"Dia (Henry) mampu menyambung apa yang ditinggalkan Wenger, mereka masih mempunyai hubungan baik," katanya.

Arsenal, Barcelona

Artikel Sebelum

"Sampel B Penting" - Chong Wei

Artikel Berikut

Artikel Lain