suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rodriguez, Benzema Suntik Semangat Real

James Rodriguez.

REAL Madrid menundukkan Espanyol untuk mencatatkan kemenangan buat kali ke-16 berturut-turut dalam saingan La Liga dan menduduki tangga teratas liga dengan mengumpul 12 mata.

Gol jaringan James Rodriquez dan Karim Benzema pada perlawanan itu turut membolehkan Real menyamai rekod yang dicipta Barcelona semasa di bawah pimpinan Pep Guardiola pada musim 2010/2011.

Real tanpa khidmat Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo untuk kunjungan ke Stadium Cornella-El Prat itu memenangi kesemua empat perlawanan pada kempen awal musim ini.

Barcelona pula di tangga kedua dengan sembilan mata.

Bintang Wales, Bale terpaksa direhatkan selepas bergelut dengan kecederaan yang diperolehi semasa menewaskan Sporting Lisbon 2-1 pada aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu manakala Ronaldo diserang selesema.

Rodriguez menjaringkan gol awal untuk Real pada minit ke-47.

Benzema pula bangkit menggandakan jaringan pada minit ke-70 selepas memanfaatkan hantaran Lucas Vazquez.

Kemenangan itu juga menyaksikan Real berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

Bekas pengurus Watford, Quique Sanchez Flores hanya mengutip dua mata daripada empat perlawanan sejak mengambil alih Espanyol pada musim panas ini.

Espanyol menduduki tempat ke-16.


Real Madrid, La Liga, Espanyol

Artikel Sebelum

Wee Wern Mara Ke Undian Utama

Artikel Berikut

Artikel Lain