suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Lepas Valdes Pindah Ke Standard Liege Secara Pinjaman

PENJAGA gol Manchester United, Victor Valdes dibenarkan berpindah ke kelab Belgium, Standard Liege secara pinjaman  setelah sekian lama memendam perasaan di Old Trafford.


Bekas pemain Barcelona yang menyertai United musim lalu berdepan dengan tekanan apabila diketepikan daripada skuad utama dan hanya beraksi dua kali sahaja.

Pemain berusia 33 tahun ini bakal menghabiskan musim ini di Belgium setelah gagal menarik minat Louis van Gaal di United.

Perpindahan Valdes ini menyaksikan dia menjadi pemain kelima yang berpindah secara pinjaman bulan ini selepas rakan sepasukannya Sam Johnstone, Dean Henderson, Kieran O’Hara dan Ashley Fletcher.

Manakala Adnan Januzaj, Will Keane, Donald Love dan Joel Castro Pereira telah kembali ke United manakala Liam Grimshaw dan Ben Pearson kekal berpindah ke Preston North End.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain