suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Nafi Bertemu Guardiola

MANCHESTER United menafikan terdapat wakil kelab itu menemui Pep Guardiola bagi membincangkan mengenai pengganti Louis Van Gaal.

Sebelum ini, media Perancis mendakwa, satu pertemuan antara wakil United dengan Guardiola  telah diadakan di Paris untuk membincangkan mengenai pengganti Van Gaal.

Guardiola, 45, bakal meninggalkan Bayern Munich pada akhir musim ini dan memilih Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai destinasi seterusnya.

Manchester City merupakan kelab yang dikaitkan dengan Guardiola walapun penyokong United mahukan Van Gaal dipecat kerana aksi tidak menentu pasukan kesayangan mereka.

Guardiola sebelum ini berkata," saya telah menerima beberapa tawaran dari England tetapi belum membuat sebarang persetujuan."

"Saya ada peluang untuk bekerja di England. Saya menjangkau usia yang ideal untuk berhijrah ke sana sekarang.

"Ini juga antara alasan kenapa saya membuat keputusan untuk tinggalkan Jerman," jelasnya.

Manchester United, Jerman

Artikel Berikut

"Saya Bertuah" - Fakri Saarani

Artikel Lain