suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharapova Ikut Jejak Langkah Serena

Maria Sharapova.

MELBOURNE: Juara lima kali Grand Slam, Maria Sharapova mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia selepas menewaskan Aliaksandra Sasnovich, pagi Rabu.

Sharapova menewaskan lawan di ranking ke-105 dunia dari Belarus itu 6-2, 6-1 di Arena Rod Laver.

Pemain kelahiran Rusia itu pernah dinobatkan sebagai juara kejohanan tersebut pada 2008 dan naib juara sebanyak tiga kali.

Kemenangan itu membuka peluang kepada Sharapova untuk mara ke pertembungan kelompok lapan terbaik menentang Serena Williams yang pernah menewaskan dirinya di pentas final tahun lalu.

"Saya berasa gembira kerana dapat kembali beraksi di gelanggang ini selepas prestasi yang baik tahun lalu," kata pemain berusia 28 tahun itu.

Sharapova dijadual berdepan sama ada pemain dari Amerika Syarikat, Lauren Davis yang mencatat kemenangan 7-6 (7) ke atas Magdalena Rybarikova sebelum lawannya dari Slovakia itu mengambil keputusan menarik diri.

Artikel Berikut

Artikel Lain