suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juara EPL, Chelsea Kembali Jalani Latihan

JUARA Liga Perdana Inggeris, Chelsea kembali menjalani latihan pada Khamis sebagai persediaan awal mempertahankan kejuaraan tersebut.

Skuad bimbingan Jose Mourinho kini berada di Montreal, Canada dalam jelajah pramusim sebelum bertemu tiga pasukan terbaik seperti Paris Saint-germain, Barcelona dan New York Red Bulls.

Dalam siri latihan itu, pemain baharu Chelsea, Asmir Begovic antara yang mengambil tempat untuk mencari keserasian.

Selain itu, Loic Remy yang dikhabarkan akan menyertai Crystal Palace masih menjalani latihan  bersama rakan sepasukan.

Chelsea perlu menjalani persiapan lebih rapi pada jelajah ini kerana skuad berkenaan akan diuji oleh Arsenal dalam saingan Perisai Komuniti di Stadium Wembley pada 2 Ogos depan.

Pasukan tersebut kemudian akan menerima kunjungan Swansea dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris pada 8 Ogos.


Chelsea, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain