suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Taiwan: Chong Wei Bertemu Pemain China Di Pusingan Ketiga

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal berdepan pemain pilihan keenam kejohanan, Wang Zhengming pada pusingan ketiga kejohanan badminton Terbuka Taiwan.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menumpaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto, yang juga merupakan pemain pilihan ke-10 kejohanan, dengan kiraan mata 21-12 dan 21-18 dalam cabaran selama 41 minit.

Wang, pemain nombor tujuh dunia dari China, menewaskan seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dengan mata 21-18 dan 21-15.

Chong Wei dan Wang akan bertemu pada pusingan ketiga petang ini di Taipei Arena.

Sebelum ini, Chong Wei mempamerkan aksi lebih tenang dan banyak bermain helah apabila menjuarai Terbuka Kanada dan Grand Prix Emas Terbuka Amerika baru-baru ini.

Chong Wei tidak menyertai beberapa kejohanan antarabangsa akibat digantung selama lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping.

Setelah tamat menjalani hukuman, beliau membantu pasukan Malaysia memperoleh pingat gangsa pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Terbuka Taiwan

Artikel Lain