suria

Van Gaal Kecam Valdes, Tunjuk Jalan Keluar

MANCHESTER United sedia menjual Victor Valdes selepas Louis Van Gaal mengecam tindakan penjaga gol itu yang enggan bermain untuk skuad simpanan pada musim lepas.

Bekas pemain Barcelona berusia 30 tahun itu tidak dibawa dalam jelajah ke Amerika Syarikat (AS) dan dilihat melaporkan diri kepada skuad physio di Carrington pada Selasa dan Rabu.

Valencia dan kelab Turki antara yang inginkan khidmat Valdes sekiranya United sedia melepaskannya.

"Valdes tidak dipilih kerana dia tidak mahu mengikut falsafah saya. Falsafah ini adalah bagaimana anda bermain bola sepak dan mengekalkan rentak permainan.

"Dia enggan bermain untuk skuad kedua (simpanan) pada tahun lalu. Di situ terdapat banyak aspek bagaimana persediaan untuk bermain sebagai penjaga gol Manchester United.

"Jika kamu enggan mengikut perkara penting dalam falsafah ini, jalannya hanya satu, keluar!.

"Ini adalah salah satu kesilapan. Kami sangka dia akan ikut falsafah ini. Kami telah memberinya banyak peluang untuk menjalani pemulihan," kata Van Gaal pada sidang media di AS.

Manchester United, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain