suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KL Marathon Kembali Ke Tarikh Asal - Khairy

Khairy Jamaluddin
PETALING JAYA: Standard Chartered KL Marathon akan diadakan pada tarikh asalnya, 4 Oktober ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membuat pengumuman itu pada Khamis berikutan bantahan awam selepas acara itu telah ditukar ke tarikh 10 Oktober bertepatan dengan Hari Sukan Negara yang julung kali diadakan.

"Terima kasih di atas segala pandangan yang disampaikan melalui Twitter, Facebook dan emel berkenaan penukaran tarikh Standard Chartered KL Marathon 2015.

"Setelah meneliti sendiri komen-komen saudara saudari dan berbincang dengan penganjur dan pihak-pihak yang terlibat, saya dan pemegang-pemegang taruh telah membuat keputusan untuk mengekalkan tarikh Standard Chartered KL Marathon pada tarikh asal iaitu hari Ahad, 4 Oktober 2015," kata Khairy di laman Facebooknya.

Beliau juga menjelaskan bahawa perubahan awal tarikh itu tidak bermotifkan politik atau untuk 'merampas' acara itu untuk meningkatkan penyertaan Hari Sukan Negara.

"Hari Sukan Negara bukanlah satu kejutan politik dengan agenda politik, seperti bagaimana Hari Guru atau Bulan Kesedaran Kanser, tidak.


"Ia adalah satu langkah ke arah menjadi sebuah negara sukan dan menjadikan sukan dan kecergasan sebahagian daripada budaya, identiti dan cara hidup Malaysia," katanya.

Beliau berkata keputusan awal untuk menukar tarikh maraton bertepatan dengan Hari Sukan Negara telah dibuat secara bersama oleh kementerian itu, Standard Chartered, Dirigo Events dan DBKL.

Khairy memohon maaf atas kesulitan yang disebabkan oleh perubahan tarikh dan berharap masyarakat akan turut serta untuk menyokong Hari Sukan Negara.

Artikel Sebelum

Artikel Lain