suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuan Rumah Piala Dunia 2018 Pecat Jurulatih

FABIO Capello dipecat sebagai jurulatih Rusia pada Selasa - tiga tahun sebelum negara tersebut tampil sebagai penganjur Piala Dunia 2018.

Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) berkata, pihaknya telah menamatkan kontrak Capello sebagai jurulatih skuad tersebut berikutan prestasi mengecewakan skuad negara berkenaan.

Media Rusia melaporkan, tiada pengganti disebut setakat ini, selain cadangan melantik jurulatih CSKA Moscow, Leonid Slutski.

Capello yang merupakan bekas jurulatih England dilantik membimbing Rusia pada Julai 2012 dan kontraknya dilanjutkan sehingga Piala Dunia 2018.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Itali itu dikatakan telah mengecewakan Rusia apabila terkandas pada peringkat kumpulan dalam saingan Piala Dunia Brazil tahun lalu.

Prestasi hambar Rusia semakin menyerlah apabila pasukan itu tewas kepada Austria 1-0 dalam saingan kelayakan Euro 2016.

Piala Dunia, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain