suria

Angel Di Maria Akan Dijual Kepada PSG?

PARIS Saint-Germain (PSG) sedia membayar sebanyak £43 juta kepada Manchester United untuk mendapatkan pemain sayap kelab tersebut, Angel di Maria secepat mungkin.

Juara liga Perancis itu akan turut menjelajah ke Amerika Syarikat sebagai persediaan pramusim pada 29 Julai ini dan berharap dapat membawa Di Maria bersama mereka.

Di Maria menyertai United dari Real Madrid dengan yuran pemindahan yang memecah rekod pemain Liga Perdana Inggeris iaitu bernilai £59.7 juta tahun lalu.

Bagaimanapun pemain tersebut gagal menyerlah dan membantu United sehingga dia tidak disenaraikan sebagai pemain utama pada penghujung liga.

Di Maria dijangka akan melaporkan diri kepada United selepas tamat cuti bersama Marcos Rojo kerana mereka terlibat membantu Argentina dalam saingan Copa America baru-baru ini.

Walaupun ingin cuba semula membantu United pada musim depan namun, pemain berkenaan dilaporkan semakin hampir dijual kepada PSG yang inginkan khidmatnya sejak tahun lalu.

Manchester United

Artikel Lain