Bola Sepak Johor Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ - Sukan | mStar

Bola Sepak Johor Tetap Maju Walaupun Tanpa TMJ

JOHOR BARU: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bola sepak Johor tetap maju walaupun beliau bukan lagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Tunku Mahkota Johor itu berkata bahawa beliau juga tidak perlu menjadi Presiden untuk memajukan bola sepak negeri.

"Untuk makluman anda semua (penyokong), baru-baru ini saya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden PBNJ, tetapi ia tidak bermakna yang bola sepak Johor tidak akan maju.

"Saya tidak payah menjadi Penaung Diraja untuk memajukan bola sepak Johor kerana saya mempunyai anda semua (penyokong) untuk memajukan bola sepak Johor.

"Ikrar saya di hadapan bangsa Johor yang ada di stadium pada malam ini, saya sentiasa akan berada di sini tidak kisah dalam bola sepak ataupun urusan negeri," katanya.

Tunku Ismail yang menyaksikan perlawanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor pada aksi tunggal saingan Liga Super bertitah demikian sejurus tamat perlawanan tersebut, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad bimbingan Mario Gomez itu menewaskan Selangor 3-1.

Skuad Harimau Selatan dan pasukan Gergasi Merah sepatutnya bertemu pada 8 Julai lepas, namun, perlawanan ditunda malam tadi berikutan terlibat dengan aksi persahabatan menentang kelab Liga Jerman, Borussia Dortmund, 9 Julai lepas.

Berucap depan lebih 11,000 penonton, Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah kepada JDT atas kemenangan tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada kelab penyokong Ultra Selangor yang memberi sokongan kepada pemain Gergasi Merah.

Tunku Ismail, dua hari lepas mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden PBNJ bagaimanapun beliau tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

TMJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain