suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat Man United Dapatkan Sergio Ramos Mencabar

MANCHESTER United mungkin berdepan kesukaran untuk mendapatkan Sergio Ramos dari Real Madrid apabila pertahanan itu ditawarkan sebagai ketua pasukan.

Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan, Los Blancos telah menawarkan Ramos sebagai ketua pasukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Iker Casillas.

Pemain pertahanan Sepanyol itu merupakan penolong ketua pasukan Real Madrid pada musim lalu kerana dia merupakan atara pemain paling lama di Bernabeu.

Ramos sebelum ini memberitahu Real Madrid untuk meninggalkan kelab itu kerana ingin ke Manchester United.

Tindakan itu berpunca daripada tindakan Real yang enggan mengikut kehendak Ramos yang inginkan kontrak lebih lama.

Kesempatan itu telah digunakan sebaiknya oleh pengendali United, Louis van Gaal yang turut meminati pemain tersebut sejak sekian lama untuk mendapatkannya.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain