suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usah Buat Spekulasi Peletakan Jawatan TMJ Sebagai Presiden PBNJ

KUALA LUMPUR: Penyokong bola sepak tempatan diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada Ahad.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya berkata, sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan perlu dirujuk kepada laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Johor Southern Tigers.

Pada masa yang sama, beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Tunku Ismail yang merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilantik sebagai Penaung PBNJ susulan keputusan baginda untuk meletak jawatan.

"Sebarang kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan melalui laman rasmi Johor Southern Tigers dan para penyokong dinasihati agar merujuk kepada laman ini terlebih dahulu," jelas Mohd Fahmi menerusi laman Facebook berkenaan.

Pada Ahad, Mohd Fahmy mengumumkan Tunku Ismail membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Presiden PBNJ dan tempat baginda diisi oleh Setiausaha Kerajaan negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Baginda bagaimanapun dilaporkan tidak memberi alasan di sebalik peletakan jawatan berkenaan.

Artikel Lain