suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Jurulatih Chelsea Dilantik Bimbing Leicester

CLAUDIO Ranieri kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menerima tawaran sebagai jurulatih baru Leicester City.

Bekas pengendali Chelsea itu diumum mengambil tugas yang ditinggalkan Nigel Pearson di Stadium King Power.

Pemilik Leicester yang merupakan jutawan Thailand sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan jurulatih berprofil tinggi termasuk Martin O'Neill dan Guus Hiddink.

Ranieri yang meninggalkan EPL sejak 2004 mempunyai banyak pengalaman apabila pernah membimbing Juventus, Inter Milan, Roma dan Monaco.

Leicester berusaha mendapatkan jurulatih lebih baik kerana berhasrat memperbaiki kedudukan dalam EPL apabila hampir tergelincir dari liga itu.

Raneiri yang berhenti membimbing Greece pada November lalu berkata," sejak meninggalkan Chelsea, saya berhasrat akan mendapat sekali lagi peluang untuk bekerja di liga terbaik dunia ini.

"Hari ini saya perolehinya, dan saya akan kembalikan kepercayaan ini kepada mereka. Saya akan mendapat keputusan terbaik untuk kelab ini."

Leicester, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain