suria

Bola Tenis Ditandatangani Fred Perry, Andy Murray Raih Dana RM160,000

Andy (kanan) dan isteri, Kim Murray melihat salah satu daripada tiga bola tenis yang disumbangkan di muzium Wimbledon bagi tujuan mengumpul dana untuk rumah kebajikan.

BOLA tenis yang mempunyai tandatangan bintang terkemuka kelahiran Britain, Andy Murray dan Fred Perry berjaya mengumpul dana kebajikan sebanyak £27,025 (RM160,795).

Bola tenis berwarna putih itu pertama kali ditandatangani oleh legenda tenis, Perry pada 1994, hanya setahun sebelum pemenang pada 1963 itu meninggal dunia.

Murray, 28, menambah satu lagi tandatangan selepas memenangi trofi Wimbledon pada 2013.

Bola bernilai dengan tandatangan bintang tenis terkemuka itu berjaya membantu menyumbangkan dana kepada pusat kebajikan St Peter dan St James di Lewes, East Sussex, Britain ketika ia dijual.

Lebih 2,000 orang membeli tiket bagi membida harga bola bernilai salah satu daripada tiga bola tenis yang mempunyai tandatangan Perry itu dihadiahkan kepada Murray oleh peminat tenis, Gail Sargent.

Gail yang meninggal dunia akibat kanser semasa menghuni di sebuah rumah kebajikan pada 2010 merupakan seorang pemain tenis dan pernah bertemu Perry semasa juara Wimbledon sebanyak tiga kali itu berkunjung ke Kelab Tenis Maresfield di Uckfield, East Sussex, Britain pada 1994. - MIRROR

Andy Murray, Fred Perry

Artikel Sebelum

Artikel Lain