suria

PM Ucap Tahniah Kepada Juara Kejohanan Piala 1Malaysia

Kelab Bola Sepak Ipoh Friday's bergelar juara dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala 1Malaysia di Stadium Bola Sepak MINDEF pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelab Bola Sepak Ipoh Friday's yang memenangi Kejohanan Bola Sepak Piala 1Malaysia semalam. 

"Saya harap kemenangan ini akan menjadi pemangkin untuk terus berjaya sebagai pemain profesional di masa hadapan, dan semoga peluang menghadiri kem bola sepak khas dengan Pengalaman Kampus Yayasan Real Madrid dimanfaatkan sebaik-baiknya," kata perdana menteri di laman Facebook miliknya pada Ahad.

Kejohanan Bola Sepak Piala 1Malaysia diadakan bagi meningkatkan perkembangan sukan bola sepak tanah air selain menyediakan pemain ke arah kerjaya profesional.

Pada perlawanan akhir itu, Kelab Bola Sepak Ipoh Friday's dari Perak menewaskan SPT Indians Football Association dari Pulau Pinang 2-0.

Selain membawa pulang wang tunai dan piala, juara kejohanan itu ditawarkan menjalani latihan di bawah Pengalaman Kampus Yayasan Real Madrid yang dijangka diadakan di Kuala Lumpur. 

Artikel Lain