suria

Gol Tunggal Fabregas Tewaskan QPR Di Laman Sendiri

Fabregas meraikan gol tunggal perlawanan ketika aksi menentang QPR, Ahad.

CESC Fabregas menjadi penyelamat Chelsea selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-88 menewaskan tuan rumah,  Queens Park Rangers (QPR) pada aksi Liga Perdana Inggeris di Loftus Road, Ahad.

Dengan kemenangan ini, pasukan bimbingan Jose Mourinho ini sedikit selesa dengan kelebihan tujuh mata di tangga teratas.

Malah Fabregas mengakui jaringan tunggalnya itu amat penting buat The Blues.

"Kemenangan amat penting. Kami sedar setiap perlawanan adalah untuk merangkul trofi musim ini," jelas pemain tengah ini kepada Sky Sports 1 selepas perlawanan.

"Kami kini berada di tempat pertama dan mahu terus berada di situ".

Dalam pada itu Fabregas turut memberi penghormatan kepada QPR berdasarkan prestasi anak buah Chris Ramsey itu.

"Mereka sangat sukar untuk ditewaskan. Ia merupakan perlawanan sengit tetapi saya tetap gembira dengan semangat kami yang tidak berputus asa berjuang hingga ke akhir permainan," tambahnya.

Cesc Fabregas, Chelsea, QPR

Artikel Sebelum

Artikel Lain