suria

Milan Sahkan Buat Tawaran Untuk Fernando Torres dan Marco van Ginkel

Fernando Torres mungkin akan berhijrah ke Milan selama semusim.

AC MILAN pada Rabu mengesahkan yang mereka kini sedang berunding untuk membawa masuk dua orang pemain Chelsea iaitu Fernando Torres dan Marco van Ginkel sebelum 1 September ini iaitu hari terakhir pintu perpindahan dibuka.

Bagaimanapun jelas Milan, mereka hanya sekadar mahu membawa masuk Torres secara pinjaman selama semusim selepas kehilangan Mario Balotelli kepada Liverpool.

Pengurus Besar Milan, Adriano Galliani turut mengesahkan yang mereka mahu membeli pemain Chelsea berusia 21 tahun asal Belanda iaitu Van Ginkel.

“Kita hanya ada beberapa hari sahaja lagi sebelum pintu perpindahan ditutup jadi marilah sama-sama kita berharap agar kita dapat membawa masuk penyerang berkaliber seperti Torres atau mungkin juga Van Ginkel. Kita telahpun mengemukakan tawaran kita kepada Chelsea dan hanya menunggu respon daripada mereka sahaja," katanya.

Artikel Lain