suria

Polis Tahan Penyokong Bawa Mercun Dan Pemutar Skru

Mercun bola

KUANTAN: Polis menahan seorang remaja berusia 17 tahun di pintu masuk Stadium Darul Makmur sebelum perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Pahang dan Felda United FC berlangsung, Jumaat lepas . 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Zakaria Ahmad berkata, dia ditahan kerana memiliki tujuh mercun bola dan sebatang pemutar skru di dalam sebuah beg silang yang dibawanya.

"Remaja itu ditahan untuk siasatan lanjutan kerana penonton tidak dibenarkan membawa sebarang bahan api atau benda tajam semasa menyaksikan perlawanan, "katanya kepada pemberita pada Isnin. 

Katanya, suspek kini masih ditahan di lokap Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan dan akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Beliau berkata polis mengingatkan agar semua penyokong pasukan bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan di stadium mematuhi arahan bagi menjamin keselamatan awam. 

Artikel Lain