Tenis: Bintag Muda Turki Jumpa Juara Bertahan Pliskova - Sukan | mStar

Tenis: Bintag Muda Turki Jumpa Juara Bertahan Pliskova

Pliskova bakal ditentang pemain Muda Turki pada aksi suku akhir pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Bintang muda Turki Cagla Buyukakcaymempunyai peluang untuk membalas dendam apabila menentang juara bertahan Karolina Pliskova pada suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2014 pada Jumaat.

Buyukakcay, 24, berkata beliau kalah kepada kepada pemain dari Republik Czech itu 6-3, 6-3 pada pusingan pertama Kejohanan Qatar Total Terbuka di Doha,Februari lepas.

"Pliskova adalah pemain yang mantap sekali dan sentiasa melakukan servis yang baik serta agresif dalam gelanggang. Saya akan bersedia dan melakukan yang terbaik pada suku akhir nanti," kata pemain berusia 24 tahun itu.

"Oleh kerana pernah kalah kepadanya, saya perlu berbincang dengan jurulatihsaya mengenai strategi untuk mengalahkan beliau," kata Buyukakcay kepada pemberita selepas perlawanan pusingan kedua, Khamis.

Katanyanya bangga untuk muncul sebagai pemain terbaik Turki dan akan menumpukan sasaran untuk menjadi pemain dalam ranking 100 terbaik pada tahun ini.

Buyukakcay, yang menduduki ranking ke-150 dunia, menempah slot suku akhir selepas menundukkan pemain Slovakia Tadeja Majeric 6-4, 6-4.

Pliskova, 22, pula  menjinakkan pemenang pusingan kelayakan Duan Ying-Yingdari China 6-1, 6-3 pada saingan pusingan kedua di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) di sini.

Dalam pada itu, pilihan utama Dominika Cibulkova dari Slovakia akan menentang pemain Kazakhstan, Zarina Diyas pada suku akhir selepas mengalahkan pemain Taiwan Hsieh Su-Wei 6-1 dan 6-2.

"Saya berharap untuk bermain dengan lebih baik apabila menentang Diyas. Saya tidak pernah bertemu dengannya dan juga tidak pernah melihat aksinya. Memang sukar apabila anda tidak mengetahui skil lawan tetapi saya menganggap ini sebagai satu ujian," kata Cibulkova.

Dalam satau lagi pertarungan suku akhir, pemain pilihan kedua Zhang Shuaidari China akan bertemu pemain Poland Magda Linette selepas menumpaskan pemain
Hong Kong Zhang Ling dengan 6-3, 4-6 dan 6-0 pada saingan pusingan kedua.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Jerman, Jumaat

Artikel Berkaitan

Johan Bertahan Mara Ke Pusingan Kedua

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain