suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agen Sahkan Kontrak Lampard Tak Akan Diperbaharui Dalam Apa Keadaan Sekali Pun

Frank Lampard
Frank Lampard
Frank Lampard

AGEN kepada Frank Lampard mengesahkan bahawa pucuk pimpinan Chelsea tidak akan berganjak daripada keputusan awal mereka untuk melepaskan pemain tengah England itu.

Steve Kutner dalam satu temuramah eksklusif dengan akhbar Britain, The Sun mendedahkan yang Lampard tidak akan ditawarkan kontrak baru dalam apa jua keadaan pun.

“Pihak eksekutif dalam pengurusan Chelsea sendiri telah memaklumkan kepada pihak kami selepas pertemuan dengan Everton baru-baru ini bahawa mereka tidak akan menawarkan sebarang kontrak baru kepada Frank selepas selesai musim ini," ujarnya.

Kontrak Lampard akan tamat menjelang Jun dan Kutner mengesahkan yang Frank Lampard bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya mulai 1 Januari.

Kutner berkata demikian selepas dia sendiri bertemu sekali lagi dengan pengurusan Chelsea sebaik sahaja Lamps, 34, menjaringkan dua gol kemenangan untuk Chelsea ketika menentang Everton pada 30 Disember lalu.

Jaringannya dalam kemenangan 5-1 ke atas Southampton pada pusingan ketiga Piala FA Sabtu lepas adalah yang ke-193 meletakkannya setara dengan Kerry Dixon dan hanya kurang sembilan gol sahaja lagi untuk menyamai rekod penjaring terbanyak Chelsea iaitu Bobby Tambling.

Artikel Berikut

ATM Juara Piala Sumbangsih

Artikel Lain