GP Jerman: Alonso Raih Gelaran Ketiga Musim Ini - Sukan | mStar

GP Jerman: Alonso Raih Gelaran Ketiga Musim Ini

Alonso mencium trofi kejuaraan selepas dinobatkan sebagai juara GP Jerman, Ahad.
Alonso mencium trofi kejuaraan selepas dinobatkan sebagai juara GP Jerman, Ahad.

PEMANDU Ferrari, Fernando Alonso menjadi pemandu pertama merekodkan kejuaraan ketiga pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim ini.

Kejayaan itu hadir selepas Alonso berjaya mengungguli saingan pada Grand Prix (GP) Jerman di Litar Hockenheim pada Ahad.

Alonso membuktikan kehebatannya apabila mencatatkan masa terpantas 1 jam 31 minit 05.862 saat.

Sebelum ini, pemandu kelahiran Sepanyol itu cemerlang apabila melakar kejuaraan pada GP Malaysia pada Mac dan GP Eropah bulan lalu.

"Ia adalah suatu yang menakjubkan sekali lagi. Kami perlu meraikan kejayaan ini," kata Alonso.

Lebih manis, kejuaraan yang dilakar diitu turut menyaksikan dia mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan kategori pemandu dengan mengumpul 154 mata.

Pemandu Red Bull, Mark Webber yang menamatkan perlumbaan semalam di tempat kelapan menghuni tangga kedua dengan 120 mata diikuti rakan sepasukannya, Vettel (118 mata).

Pada perlumbaan semalam, tempat kedua menjadi milik Vettel diikuti pemandu McLaren, Jenson Button.

Pemandu Lotus, Kimi Raikkonen sekadar menamatkan saingan di tempat keempat, manakala Kamui Kobayashi dari Sauber kelima.

Keputusan penuh Pusingan 10, GP Jerman;

1. Fernando Alonso - Ferrari

2. Jenson Button -McLaren-Mercedes

3. Kimi Räikkönen- Lotus-Renault

4. Kamui Kobayashi- Sauber-Ferrari

5. Sebastian Vettel -Red Bull Racing-Renault

6. Sergio Perez Sauber-Ferrari

7. Michael Schumacher- Mercedes

8. Mark Webber- Red Bull Racing-Renault

9. Nico Hulkenberg -Force India-Mercedes

10. Nico Rosberg -Mercedes

Kedudukan pemandu keseluruhan selepas Pusingan 10;

1. Fernando Alonso- Ferrari 154 mata

2. Mark Webber -Red Bull Racing-Renault 120

3. Sebastian Vettel- Red Bull Racing-Renault

4. Kimi Räikkönen- Lotus-Renault 98

5. Lewis Hamilton -McLaren-Mercedes 92

6. Nico Rosberg -Mercedes 76

7. Jenson Button -McLaren-Mercedes 68

8.Romain Grosjean -Lotus-Renault 61

9. Sergio Perez -Sauber-Ferrari 47

10.Kamui Kobayashi- Sauber-Ferrari 33

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain