Fuad gembira Dengan Persiapan Awal ARRC - Sukan | mStar

Fuad gembira Dengan Persiapan Awal ARRC

Fuad (kiri) bersama adiknya, Ahmad Nashrul yang juga merupakan rakan sepasukan.
Fuad (kiri) bersama adiknya, Ahmad Nashrul yang juga merupakan rakan sepasukan.

SOKONGAN yang diterima daripada Kawasaki Jepun menambahkan keyakinan pelumba SuperSports 600cc, Ahmad Fuad Baharudin untuk mencatat kejayaan pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia bermula 15 hingga 17 Jun ini.

"Ini merupakan tahun kedua saya bersama Kawasaki dan banyak peningkatan telah ditunjukkan.

"Dari segi teknikal, kami menerima lebih banyak sokongan teknikal dan alat ganti daripada Kawasaki Jepun.

"Mereka juga turut mengatur kami menyertai Manual Tech BEET Kawasaki (pasukan tuan rumah yang diwakili Katsuaki Fujiwara dan M. Fadli) sewaktu sesi pra-perlumbaan di Sentul, minggu lepas.

"Sebelum ini, kami tidak pernah berpeluang menyertai sebarang sesi latihan di venue perlumbaan sebelum kejuaraan berlangsung,” kata Fuad sambil turut mengharapkan dengan persediaan lebih rapi, dia mampu meraih keputusan yang baik musim ini," katanya.

Dengan lebih 10 tahun pengalaman beraksi dalam kelas yang cukup kompetitif ini sejak 2001 (SuperSports 600cc) Fuad sentiasa mempamerkan prestasi konsisten.

"Sukar untuk membuat sebarang perbandingan. Bergantung kepada bakat semata-mata tidak mencukupi untuk bertahan dalam kategori SuperSports 600cc.

"Sebaliknya pengalaman memainkan peranan paling penting selain bakat, kecergasan fizikal dan mental," jelas Fuad mengenai pendapatnya bersaing dengan pelumba rookie yang lebih muda dan agresif.

Menurut Fuad, pelumba baru perlu memahami karakter jentera 600cc secara menyeluruh, bagaimana untuk mengendalikannya secara maksimum dan pada masa sama menitik-beratkan aspek keselematan.

"Ini bukan sesuatu yang boleh diperoleh dalam sekelip mata namun memerlukan sekurang-kurangnya antara dua hingga tiga tahun setelah beraksi dalam kategori ini.

"Sebab itu mengapa kebanyakan juara-juara dalam kategori ini terdiri daripada pelumba veteran.

"Tetapi, secara keseluruhan adalah amat bagus sekali untuk melihat semakin ramai pelumba muda membuat penampilan di dalam kelas ini kerana ia dapat membawa kejuaraan ini ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain