Malaysia Tigers Tunduk 2-1 Kepada Indonesia Garuda - Sukan | mStar

Malaysia Tigers Tunduk 2-1 Kepada Indonesia Garuda

KUALA LUMPUR: Malaysia Tigers kalah 2-1 kepada Indonesia Garuda dalam saingan pertama separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata di Britama Arena Sports Mall di Jakarta, Jumaat.

Perseorangan pertama negara Liew Daren tunduk 21-19, 21-9 kepada jaguh Indonesia Taufik Hidayat.

Pada saingan beregu, pertembungan pasangan negara Goh V.Shem/Lim Khim Wah dengan Hendra Setiawan/Mohammad Ahsan berlangsung sengit apabila kedua-dua beregu saling berbalas mengutip mata.

Gandingan baru Indonesia itu akhirnya menang 21-17, 21-17 untuk meraih mata kemenangan Garuda.

Mata tunggal Malaysia Tigers disumbangkan perseorangan kedua negara Muhammad Hafiz Hashim yang mengalahkan Sony Dwi Kuncoro 21-13, 21-19.

Dengan kemenangan itu, Indonesia Garuda mengumpul 116 mata dan Malaysia Tigers 104.Saingan kedua separuh akhir akan berlangsung di Stadium Badminton Cheras di sini Ahad ini.

Satu lagi pasukan negara Malaysia Leopards yang turut mara ke separuh akhir, akan bertemu Indonesia Rajawali di sini Sabtu, sebelum beraksi di Jakarta pada Ahad.

Skuad pelapis negara itu dibarisi perseorangan Zulfadli Zulkifli, Iskandar Zulkarnain dan Misbun Ramdan Misbun serta beregu Ow Yao Han/Chooi Kah Ming dan Teo Ee Yi/Nelson Heg. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mancini Tidak Percayakan Balotelli

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain