Sukan Sea: Skuad Harimau Muda Tewaskan Thailand 2-1 - Sukan | mStar

Sukan Sea: Skuad Harimau Muda Tewaskan Thailand 2-1

Pemain-pemain Harimau Muda meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan Thailand 2-1 pada aksi peringkat Kumpulan A, Rabu. Foto: AFP
Pemain-pemain Harimau Muda meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan Thailand 2-1 pada aksi peringkat Kumpulan A, Rabu. Foto: AFP

SKUAD Harimau Muda berjaya mengutip mata penuh apabila menewaskan Thailand 2-1 dalam saingan Kumpulan A Sukan Sea yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Rabu.

Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 permainan.

Pada babak kedua perlawanan, skuad Malaysia peluang untuk menambah jaringan, namun gagal dilaksanakan penyerang pasukan, Syahrul Azwari Ibrahim.

Thailand cuba mengasak dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila T. Natand melakukan rembatan cantik di kawasan penalti gara-gara kelekaan barisan pertahanan negara.

Terikat dengan kedudukan seri, skuad Malaysia terus bangkit melakukan serangan dan jaringan Izzaq Farris Ramlan pada minit ke-85 berjaya memberi kemenangan kepada skuad Malaysia sekali gus menjadi bekalan penting untuk perlawanan seterusnya.

Malaysia kini menduduki tangga teratas kumpulan selepas mengumpul empat mata dalam dua perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain