suria

Uruguay Jumpa Ghana Di Suku Akhir

Pemain Uruguay meraikan kejayaan mereka selaku pasukan pertama melangkah ke pusingan suku akhir.
Pemain Uruguay meraikan kejayaan mereka selaku pasukan pertama melangkah ke pusingan suku akhir.
Pemain Uruguay meraikan kejayaan mereka selaku pasukan pertama melangkah ke pusingan suku akhir.

URUGUAY menempah tiket ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Korea Selatan 2-1 di Nelson Stadium Mandela Bay malam tadi.

Penyerang Luis Suarez meletakkan Uruguay di depan seawal minit ke-8 sebelum Lee Chung-yong menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Meskipun, Korea Selatan mempamerkan persembahan bertenaga dan menguasai hampir keseluruhan perlawanan, mereka gagal menyekat kemaraan Uruguay apabila Suarez menjaringkan gol kemenangan pasukan itu ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Kemenangan itu menjamin tempat untuk pasukan kendalian Pengurus Óscar Tabárez mara bergaya ke pusingan suku akhir. Uruguay akan bertemu pasukan tunggal benua Afrika, Ghana di saingan suku akhir 3 Julai ini di Johannesburg.

Artikel Sebelum

Zulfahmi Raih Tempat Ke-22

Artikel Berikut

Artikel Lain