suria

Park Sedia Jumpa Tevez

KAPTEN Korea Selatan, Park Ji-Sung sudah bersedia untuk menghadapi bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Carlos Teves ketika bertemu Argentina malam ini.

Korea Selatan dan Argentina yang memulakan perlawanan pertama masing-masing dengan kemenangan akan bersaing untuk menduduki tangga teratas Kumpulan B sekali gus memudahkan langkah ke peringkat kalah mati.

Walaupun Park dan Tevez berkawan rapat ketika di Old Trafford, pemain tengah Korea Selatan itu enggan menjadikan hubungan mereka sebagai penghalang untuk memenangi perlawanan itu.

"Kami pernah bermain bersama-sama dan percaya ia peluang terbaik untuk bertemu antara satu sama lain. Namun, ia bukan sekadar perlawanan persahabatan tetapib melibatkan nama negara.

"Kini kami adalah musuh dan akan berjuang habis-habisan untuk memenangi perlawanan itu," kata Park.

Park memberi gambaran awal mengenai kehebatan Tevez terhadap rakan sepasukannya dan yakin, Argentina akan menjanjikan tentangan sengit.

"Kami pernah bersama-sama selama dua tahun di Old Trafford dan amat mengenali antara satu sama lain. Jika anda mengenali lawan, anda akan memberitahu kelebihannya kepada barisan pertahanan," tambahnya.

Pembabitan Park bersama United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu tidak sesekali menyekat penampilannya untuk negara kali ini dan mengakui dia berada pada tahap terbaik.

"Saya tidak keletihan. Tahap kecergasan saya amat membanggakan dan saya yakin sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan itu," jelasnya.

Artikel Lain