Terengganu Sasar Lahirkan Jaguh Sukan Peringkat Antarabangsa - Sukan | mStar

Terengganu Sasar Lahirkan Jaguh Sukan Peringkat Antarabangsa

KUALA TERENGGANU: Terengganu meletakkan sasaran untuk melahirkan lebih ramai jaguh sukan dalam tempoh 10 tahun akan datang, bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga antarabangsa.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Rosdi Awang berkata melalui perancangan sukan rapi yang diatur bermula sekarang, beliau yakin negeri ini mampu melahirkan lebih ramai atlet cemerlang yang akan menaikkan nama negara terutama dalam temasya sukan Olimpik.

"Bagi tujuan itu kita juga akan menghantar jurulatih-jurulatih untuk menjalani kursus di dalam atau luar negara supaya mereka dapat membantu melahirkan juara-juara sukan dari negeri ini," katanya pada sidang media sempena Konvensyen Pembangunan Sukan 10 Tahun Negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata MSN Terengganu juga tidak menolak jika ada bekas atlet yang layak, ingin menjadi jurulatih sukan di negeri itu kerana dengan pengalaman yang ada, akan memberi kelebihan kepada mereka untuk melatih atlet baru.

Rosdi berkata dalam masa yang sama MSN Terengganu juga ingin memperkasakan persatuan-persatuan sukan di negeri ini kerana masih ada persatuan bergerak secara "one man show" ekoran kurang penglibatan daripada mereka yang berkenaan.

"Persatuan itu sendiri seharusnya digerakkan bersama. Ia mesti mempunyai Yang Dipertua, ada setiausaha, ada ahli jawatankuasa yang mainkan peranan yang, sekali gus mampu membantu melahirkan lebih ramai atlet yang berjaya," katanya.

Sementara itu konvensyen selama tiga hari itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Datuk Mat Razali Kassim di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini.

Konvensyen itu diadakan antara lain untuk merancang dan memberi fokus untuk melahirkan atlet, jurulatih pelbagai bidang sukan untuk tempoh sepuluh tahun akan datang.

Rosdi berkata MSN Terengganu juga akan menubuhkan jawatankuasa bagi memantau konvensyen yang diadakan itu supaya resolusi yang dihasilkan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

"Resolusi hasil daripada konvensyen yang diadakan itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk dinilai dan kita berharap kerajaan dapat menerima resolusi berkenaan bagi memajukan sukan di Terengganu dalam tempoh berkenaan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain