suria

Bekas personaliti TV3 Norjuma diisytihar muflis, gagal bayar RM260,400 

Norjuma diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

SUSULAN kegagalan melunaskan bayaran berjumlah RM260,400 kepada Fame Up Entertainment, usahawan Norjuma Habib Mohamed diisytiharkan bankrap pada Selasa.

Perintah kebankrapan itu dibuat Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang direkodkan oleh Penolong Pendaftar Siti Zulaikha Nordin @ Ghani selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan syarikat berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili Fame Up Entertainment bagaimanapun memaklumkan Norjuma gagal menghadirkan diri meskipun prosiding berkenaan sudah dimaklumkan kepadanya.

Pemilik Fame Up Entertainment iaitu Zuriawati Zaidi, 44, bagaimanapun hadir pada prosiding tersebut.

file6p6oealrb8o3p2zjcph

Norjuma tidak hadir pada prosiding tersebut.

Oktober tahun lepas, Fame Up Entertainment memfailkan notis kebankrapan itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas Norjuma yang juga bekas personaliti TV3 gagal membayar ganti rugi seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos tahun sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil dan Diana Danielle dilihat bahagia ketika buat umrah Februari lalu namun tiba-tiba mahu berpisah!

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil iktibar kejadian menimpa Kamal Adli, Didie Alias upah 30 petugas keselamatan di Stylofest Mega Raya

Pada 2019 dan 2020, Fame Up Entertainment selaku plaintif telah memfaikan dua saman fitnah terhadap Norjuma berhubung penyebaran fitnah pada syarikat berkenaan sekitar 2018 dan 2020.

Dalam pada itu, Muhammad Hassanuddin berkata, prosiding berhubung waran tangkap terhadap usahawan itu di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam, akan diteruskan.

Ia berikutan usahawan tersebut gagal menghadirkan diri sejak kes tersebut bermula.

Nurjuma terkenal dengan pengeluaran produk tudung bawal Aidijuma.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain