suria

Farid Kamil dan Diana Danielle dilihat bahagia ketika buat umrah Februari lalu namun tiba-tiba mahu berpisah!

Roslan Shah doakan yang baik buat pasangan Farid dan Diana.

TIDAK sampai sebulan menunaikan umrah bersama-sama, pengacara Roslan Shah terkejut dengan berita pergolakan rumah tangga pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle.

Mengimbau kenangan di Tanah Suci, Roslan, 51, berkata, pasangan itu dilihat mesra malah sering bergurau senda dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hubungan mereka bermasalah semasa melakukan ibadah pada Februari lalu.

"Selama saya di sana (Tanah Suci) bersama Farid dan Diana, Alhamdulillah mereka nampak baik dan saling bergurau senda bersama anak-anak mereka.

"Di sana tiada apa yang berlaku, mereka mesra, tiada pergaduhan malah pasangan itu nampak begitu seronok sepanjang menunaikan ibadah," katanya kepada mStar.

51581330533_AliPuteh

Roslan Shah lihat Diana dan Farid bahagia di Tanah Suci Makkah.

Dalam pada itu, Roslan berkata, dia berharap Farid dan Diana dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka dengan baik.

"Selama dua minggu di sana kami satu jemaah. Saya terkejut dengan apa yang berlaku, tapi saya mendoakan yang baik-baik buat pasangan itu," katanya lagi.

Sebelum ini, Farid meluahkan rasa syukur apabila dapat membawa isterinya dan dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora menunaikan umrah selepas enam tahun tidak menjejakkan kaki ke Makkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle bayar sewa rumah, ada hak halang Farid masuk... Lagipun hubungan tak baik

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil dihalang jumpa anak, masih sayang Diana... Tak sebumbung sejak awal Mac

Pada Isnin, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Diana memfailkan penceraian terhadap Farid, 42, namun pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu enggan melafazkan talak terhadap isterinya kerana masih menyayanginya.

Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan cerai tersebut pada Isnin mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Aktres itu dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan penceraian terhadap Farid.

20998-potret-mimi-bayuh-instagramatmimibayuh

Farid dan Diana ketika di temui di Tanah Suci, Makkah.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada mahkamah.

Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan.

Diana difahamkan melantik rakan rapatnya sebagai w manakala Farid belum memberi sebarang nama bagi pihaknya untuk proses itu.

Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 28 Mac ini untuk membolehkan Farid memaklumkan mahkamah wakil bagi pihaknya dalam JKP tersebut.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain