suria

Ambil iktibar kejadian menimpa Kamal Adli, Didie Alias upah 30 petugas keselamatan di Stylofest Mega Raya

Didie akan pastikan acara anjurannya selamat untuk kunjungan orang ramai.

MENGAMBIL iktibar di atas kejadian yang berlaku kepada Kamal Adli di Singapura baru-baru ini, pelakon Didie Alias bakal mengetatkan lagi kawalan keselamatan sempena acara Stylofest Mega Raya 2023.

Kata Didie, 51, yang juga penganjur acara berkenaan, setiap pergerakan selebriti terlibat akan di pantau oleh 30 orang petugas keselamatan selain perlunya imbasan kehadiran buat pengunjung.

“Setiap pengunjung yang nak datang nanti mereka perlu scan dan isi maklumat peribadi dahulu. Mereka boleh lakukan di mana-mana sahaja sebelum datang ke acara kami nanti.

didie 2

Didie juga bimbang tentang keselamatan artis tempatan yang terlibat dalam festival jualan di luar negara.

“Kita juga mungkin akan ada lebih kurang 30 orang pengawal keselamatan yang akan memantau persekitaran. Jadual kehadiran artis juga kita telah siapkan supaya tahu pergerakan mereka.

“Dalam masa sama kami juga sedang menilai untuk lakukan body screening supaya dapat mengesan jika ada senjata tajam yang dibawa.

"Saya sudah terlibat menganjurkan acara hampir 10 tahun, kejadian yang berlaku di Singapura memang mengejutkan,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli cedera dipukul guna cota di Singapura, penyerang berjaya ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: “Mummy selalu pendam sendiri”... Ucapan hari jadi menyentuh hati, anak kenang kepayahan Didie Alias besarkan mereka adik-beradik

Didie ditemui ketika sidang media acara tersebut yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang oleh seorang individu yang tidak dikenali ketika terlibat dalam Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Singapore Expo, Singapura.

Susulan kejadian itu Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepada, muka, bawah mata dan badan.

Saya sudah terlibat menganjurkan acara hampir 10 tahun, kejadian yang berlaku di Singapura memang mengejutkan.

DIDIE ALIAS

PELAKON

Sementara itu bercakap tentang acara Stylofest, kata Didie dia kini lebih senang menguruskannya sendiri tanpa bantuan rakan kongsi selepas kejadian ditipu pada tahun 2021.

“Lebih baiklah saya buat sendiri bersama suami di bawah syarikat pengurusan kami. Kalau bergaduh pun hanya melibatkan saya dan suami.

“Sebelum ini rakan kongsi pernah melakukan pecah amanah dan disebabkan itu saya terpaksa membayar ratusan ribu kepada peniaga yang terlibat,” ceritanya.

didie 3

Antara selebriti yang terlibat dalam Stylofest Mega Raya 2023.

Stylofest Mega Raya 2023 bakal berlangsung di lokasi sama bermula 14 hingga 17 April dengan kehadiran lebih 40 orang artis yang turut sama terlibat dalam jualan.

Antara lain yang menarik tahun ini ialah pesta berkenaan turut menyediakan ruangan berniaga makanan dan minuman sepanjang 73 jam ia berlangsung.

Dalam masa sama, Didie turut menawarkan ‘gerai rahmah’ buat peniaga yang kurang berkemapuan untuk terlibat sama supaya dapat menjana lebih pendapat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain