suria

Kamal Adli cedera dipukul guna cota di Singapura, penyerang berjaya ditahan polis

Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka akibat diserang menggunakan cota.

PELAKON Kamal Adli mengalami kecederaan ekoran diserang menggunakan cota selepas selesai menyertai sebuah acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo, Singapura pada malam Ahad.

Isteri Kamal iaitu Uqasha Senrose memberitahu suaminya diserang oleh individu warganegara Singapura berkali-kali menggunakan alatan tersebut sehingga mengalami kecederaan.

Beritahu Uqasha, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan.

"Doakan suami saya Kamal, kami baru habis acara di Singapura tiba-tiba dia diserang orang Singapura dengan cota berkali-kali.

Uqasha Kamal

Uqasha memaklumkan suaminya itu sedang menerima rawatan di hospital.

"Kepala, muka, bawah mata dan badan," katanya.

Uqasha memaklumkan perkara itu menerusi Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua kali keguguran, Uqasha Senrose tak sedar rupanya sudah mengandung

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ menang besar, Meerqeen dan Anna Jobling pula ‘Pasangan Drama Terbaik’ Anugerah Drama Sangat 2023

Aktres itu turut memuat naik video yang memperlihatkan dia sedang menangis dan dipercayai berada di sebuah hospital di Singapura.

Dalam pada itu, Uqasha memaklumkan Kamal kini berada di Hospital Besar Changi (CGH) Singapura bagi menjalani pembedahan ekoran bahagian belakang kepalanya koyak.

Cik lan

Roslan Shah memberitahu penjenayah sudah ditahan pihak berkuasa.

"Sekarang Kamal dekat Singapura punya hospital, menjalani pembedahan besar kerana lubang dan bocor, koyak di belakang kepala," katanya.

Sementara itu, pengacara Roslan Shah memberitahu Kamal menerima jahitan akibat kecederaan tersebut dan memaklumkan penjenayah itu sudah pun ditahan pihak berkuasa.

"Doakan untuk Kamal Adli ya... Kepalanya kena jahit. Sebak Cik Lan (panggilan Roslan) tadi. Alhamdulillah penjenayah itu pun sudah kena tangkap," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain