Teo Nie Ching (tengah), bersama Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
SATU kategori baharu diperkenalkan sempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang dijadualkan berlangsung pada 8 November depan. Sebagai pengiktirafan terhadap kebangkitan filem genre aksi, Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik dipertandingkan untuk mengangkat keberanian dan kesungguhan anak seni dalam melakonkan babak sebegitu. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, ia juga akan menjadi penghargaan buat pengkarya selepas meraih pencapaian nilai tontonan tinggi menerusi filem-filem yang mempamerkan babak aksi. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, umum pengiktirafan terhadap kebangkitan filem genre aski.“Ia merupakan pengiktirafan terhadap keberanian, kesungguhan dan profesionalisme para karyawan dalam menjayakan adegan aksi yang mencabar namun selamat dan berkualiti. “Lonjakan ketara penerbitan filem aksi tempatan menunjukkan bukan sahaja ada peningkatan dari segi teknikal dan keselamatan, tetapi juga pencapaian nilai tontonan yang tinggi.“Justeru, kategori ini diperkenalkan untuk meraikan usaha luar biasa tenaga produksi, pasukan teknikal dan para pelakon lagak ngeri yang sering berada di barisan hadapan babak berisiko tinggi,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Karya tempatan beri saingan sengit, tujuh filem hebat bolos kategori Filem Terbaik FFM33ARTIKEL BERKAITAN: Calon Filem Terbaik FFM33 ditayangkan secara percuma selama 5 hariTeo Nie Ching berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media FFM34 yang diadakan di Finas, Hulu Klang, Kuala Lumpur pada petang Selasa. Dalam majlis berkenaan turut diumumkan pemenang bagi kategori tersebut akan membawa pulang trofi khas serta wang tunai bernilai RM5,000.Sementara itu, Pengarah Festival Filem Malaysia ke-34, Raja Mohammad Adhzim Raja Ahmad berkata penyertaan FFM34 telah dibuka bermula 8 Julai sehingga 18 Julai 2025.“Kami jemput mana-mana karya yang diterbitkan bermula 1 Julai 2024 hingga 30 Jun tahun ini untuk menghantar penyertaan,” jelasnya.Teo Nie Ching (tengah), bersama Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin MutalibSidang media ini turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin; Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan presiden persatuan-persatuan serta penggiat-penggiat industri.Mengangkat tema ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’, FFM34 meraikan kepelbagaian gaya penceritaan dan keberanian dalam mengeksplorasi sempadan baharu seni visual.Tema ini mencerminkan penghargaan terhadap kreativiti tanpa batas dan dinamisme sinema sebagai cerminan denyut nadi masyarakat moden, selari dengan perkembangan teknologi dan realiti sosial masa kini.FFM34 akan berlangsung pada 8 November 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media.Berikut merupakan 30 kategori yang dipertandingkan dalam FFM34:1. Filem Terbaik2. Pengarah Terbaik3. Pelakon Lelaki Terbaik4. Pelakon Wanita Terbaik5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik7. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik8. Pengarah Harapan9. Pelakon Lelaki Harapan10. Pelakon Wanita Harapan11. Cerita Asal Terbaik12. Lakon Layar Terbaik13. Sinematografi Terbaik14. Penyunting Terbaik15. Penataan Bunyi Terbaik16. Penataan Seni Terbaik17. Kesan Khas Visual Terbaik18. Skor Muzik Terbaik19. Lagu Tema Terbaik20. Tatarias/ Solekan Terbaik21. Rekaan Kostum/ Busana Terbaik22. Poster Terbaik23. Filem Pendek Terbaik24. Dokumentari Terbaik25. Anugerah Khas Karyawan26. Anugerah Khas Sepanjang Zaman27. Anugerah Khas Juri 128. Anugerah Khas Juri 229. Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik (kategori baharu)30. Anugerah Khas Filem Box OfficeJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube