suria

14 peserta bersaing dalam Bintang RTM 2024… Syafinaz Selamat puji ramai berbakat, peluang serlah diri

Syafinaz sedih melihat bakat bekas bintang RTM kurang menyerlah.

SEJAK penyanyi Ernie Zakri menjuarai Bintang RTM 2009, bekas peserta program realiti berkenaan dilihat seakan-akan kurang menyerlah dalam industri hiburan.

Mengakui perkara itu, penyanyi Datuk Syafinaz Selamat, 51, berkata dia tidak mengetahui punca bakat mereka tidak mendapat perhatian ramai.

Kata Syafinaz, Bintang RTM banyak melahirkan penyanyi mempunyai kekuatan vokal, namun penonton lebih tertarik untuk melihat rupa paras serta perwatakan seseorang.

"Saya sendiri terfikir kenapa bakat-bakat Bintang RTM kadang tidak menyerlah... Kalau nak jadi penyanyi sudah tentu keutamaan pada vokal yang kuat.

rtm2 - 1

Syafinaz mengakui Bintang RTM banyak melahirkan penyanyi berbakat.

"Tapi perkara yang kurang penting seperti paras rupa, sikap peserta pula yang lebih mendapat perhatian ramai.

"Itu yang bagi saya agak mengelirukan kerana saya sendiri sebagai seorang juri menganggap bakat yang tidak menyerlah ini seperti dibazirkan," katanya kepada mStar.

Syafinaz berkongsi perkara itu semasa sidang media Bintang RTM 2024 yang diadakan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri RTM, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Juara Bintang Klasik 2023 mahu terus pertahan lagu asli, buat kenduri menang RM30,000

ARTIKEL BERKAITAN: 16 Peserta Berentap Dalam Bintang RTM 2018

Dalam pada itu, Syafinaz yang juga merupakan juri tetap Bintang RTM 2024 bersimpati dengan nasib bekas peserta program realiti itu yang dirasakan mempunyai bakat namun masih gagal menempa nama dalam bidang nyanyian.

"Saya tidak ingat Bintang RTM tahun bila, sewaktu saya menjadi tenaga pengajar, peserta program tersebut sangat bagus tapi sampai sekarang tidak mendapat tempat dalam industri.

Saya sendiri terfikir kenapa bakat-bakat Bintang RTM kadang tidak menyerlah.

SYAFINAZ SELAMAT

JURI BINTANG RTM 2024

"Walaupun sudah beberapa kali viral, tapi masih tidak dapat menonjol.

"Sebenarnya saya sendiri rasa kasihan dan sayang kerana bakat itu dibazirkan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, seramai 14 bakat muda berusia 16 tahun hingga 25 tahun dipilih menjadi finalis Bintang RTM 2024.

Peserta yang bakal bersaing di pentas Bintang RTM 2024 ialah Akma Natasha, 25,

Nuhammad Zulfeka 23, Mohd Azumi Shazani, 26, Norzizi Safira, 22, Sharifah Nurilmuhayati, 26, dan Muhammad Hadi Hafsham (Hady Huv), 21.

Barisan peserta Bintang RTM 2024.

Barisan peserta Bintang RTM 2024.

Selain itu, Muhammad Harris Mukhriz, 20, Muhammad Shahrezza, 22, Roziena Ixzy, 26, Mohd Enrien Syah, 24, Dayang Irsyadhania, 16, Mohammad Said Suhazie, 21, Eyia Eyre Guntabid, 23, dan Nur Shahirah, 23.

Bintang RTM 2024 mengangkat format pertandingan berbeza berbanding program nyanyian lain masa kini.

Setiap minggu peserta diberi kebebasan memilih sendiri genre dan lagu pilihan mereka

Bintang RTM 2024 dihoskan oleh Awal Ashaari dan konsert minggu pertama bakal menemui penonton bermula Sabtu, 13 Januari ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain