suria

Cadangan rumah pelacuran tak boleh diterima… Fahmi Fadzil pertimbang kawal ‘content’ podcast

Siaran podcast Rosyam mengundang pelbagai reaksi ramai.

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kementeriannya mungkin akan mengkaji untuk memantau setiap kandungan podcast di negara ini susulan kenyataan kontroversi dikeluarkan pelakon Datuk Rosyam Nor, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kontroversi berkenaan, Fahmi menegaskan undang-undang Malaysia tidak membenarkan pembukaan rumah pelacuran kepada warga asing dan kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang cadangan yang boleh membawa kemudaratan.

Malah, Fahmi bersetuju dengan Menteri Agama iaitu Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengenai kewujudan rumah pelacuran yang bercanggah dengan hukum Islam.

Fahmi akan mengkaji untuk mengawal kandungan podcast di Malaysia.

Fahmi akan mengkaji untuk mengawal kandungan podcast di Malaysia.

"Kami belum ada rancangan (pantau content podcast) tapi anda baru saja beri saya idea.

"Saya sependapat dengan Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengenai idea memperkenalkan rumah pelacuran untuk warga asing di dalam sebuah podcast benar-benar tidak boleh diterima.

"Hukum tidak mengizinkan (untuk aktiviti seperti itu). Ini adalah kesalahan daripada pihak Rosyam Nor," katanya ketika ditemui pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka cadangan rumah pelacuran jadi isu besar, Rosyam Nor mohon maaf tapi minta tonton video penuh

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ridhuan Tee selar cadangan wujud pusat pelacuran, minta artis jahil pergi mengaji

Sebelum ini, Rosyam berpandangan perlunya rumah pelacuran di negara ini mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen di media sosial.

Kata Rosyam, kewujudan rumah pelacuran perlu susulan lambakan warga asing di negara ini sehingga timbul isu jenayah seksual melibatkan golongan berkenaan.

Rosyam berkongsi pendapat itu menerusi siri podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok Suhan Movies pada Ahad lalu.

Bagaimanapun pelakon berkenaan tampil memohon maaf pada petang Selasa susulan menerima pelbagai kecaman netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain