suria

[VIDEO] Kasihan… Talita, anak Shuib menangis teresak-esak, rakan sekelas ejek ‘padan muka’ ibu sudah meninggal

Talita sedih diejek rakan sekelas.

ANAK perempuan kepada pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra, 9, tidak dapat menahan sedih apabila diejek oleh rakan sekelas kerana kematian ibunya, Allahyarham Siti Sarah.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram, Talita dilihat menangis sambil mengadu tentang kejadian tersebut kepada nenek tirinya, Siti Fatimah Saberi.

"Dia cakap padan muka ibu meninggal," luah Talita dalam keadaan sebak.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tangisan Talita di kubur Siti Sarah buat ramai sebak, anak gadis Shuib tak dapat tahan air mata rindukan ibu

Menerusi perbualan dalam video tersebut, Talita juga memberitahu dia sudah menegur perbuatan rakan sekelasnya itu.

Dalam masa sama, adik kepada Talita iaitu Ariq Matin memberi reaksi ingin menumbuk kanak-kanak yang mengejek kakaknya itu, namun dinasihatkan tidak melakukan sebarang tindakan balas sebegitu.

Meninjau di ruangan komen, ramai peminat yang memberi pendapat perkara tersebut adalah tidak wajar berlaku walau dalam kalangan kanak-kanak.

Sabar sayang... awak kuat. Jangan hiraukan dan buat laporan

NETIZEN

"Melampau budak-budak ni, paling geram kalau orang sentuh ibu bapa. Hati budak tu belum sembuh lagi.

"Sabar sayang... awak kuat. Jangan hiraukan dan buat laporan.

"Kena minta tolong cikgu nasihatkan murid-muird hormati rakan-rakan. Jangan suka nak mengejek. Apa lagi kata negatif fasal ibu atau bapa yang sudah meninggal," antara komen netizen.

shuib sarah 1

Shuib membesarkan anak-anak sendiri selepas pemergian Sarah.

Talita merupakan anak kedua hasil perkahwian Shuib dengan Allahyarham Siti Sarah.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain