suria

[VIDEO] Kali ini Baby Shima pakai sopan, berdiri tegak macam tiang lampu masa menyanyi… Netizen tuduh tunggang agama pula

Baby Shima kesal tetap dikecam walaupun tidak menari gelek.

BERPAKAIAN sopan dan tidak bergelek atas pentas pun tetap kena kecam!

Itulah yang terjadi kepada penyanyi Baby Shima apabila imej sopan yang digayakan semasa membuat persembahan pentas dalam satu acara di Sabah, baru-baru ini mengundang kata-kata negatif netizen.

Meskipun dilemparkan dengan pelbagai komen kecaman, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 24, enggan melatah dan mengambil teguran itu dengan hati terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Baby Shima dikecam bergelek sakan, katanya tarian nampak seksi sebab tengah tahan kentut

"Apa yang saya buat mesti akan jadi isu atau kecaman netizen. Saya menari pun salah, menyanyi sambil berdiri tegak pun kena kecam juga.

"Kadang-kadang saya tak tahu apa sebenarnya yang netizen nak. Saya tak marah pun dengan netizen yang komen dengan ayat melampau sampai maki-hamun saya itu.

"Saya terima saja teguran atau nasihat itu cuma bagi saya, kita ni sebaiknya tidak perlulah menghakimi orang lain sebab takut nanti berbalik kepada keluarga sendiri.

"Segelintir netizen ini suka nak judge seseorang itu pada luaran. Apa-apa pun saya cuma doakan yang baik-baik untuk individu tersebut," katanya kepada mStar.

Apa saya yang saya buat mesti akan jadi isu atau kecaman netizen

BABY SHIMA

PENYANYI

Terdahulu, sebuah video yang dimuat naik penyanyi itu memperlihatkan dia memakai baju kebaya putih dengan selendang di sebuah majlis sambutan Aidilfitri menerima kata-kata negatif netizen.

Terdapat individu yang kurang senang dengan penyanyi lagu Pura-Pura Bujang dan menuduh dia hanya menunggang agama serta mengelarnya perempuan murahan.

"Kau tutup aurat pun neraka tempat kau! Bab* Shima ini penunggang agama. Perempuan murahan," tulis individu tersebut.

Netizen gelar Baby Shima perempuan murahan.

Baby Shima tetap doakan yang baik-baik untuk individu yang meninggalkan komen negatif.

Pada Selasa lalu, persembahan Shima menari gelek di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran satu parti politik di Negeri Sembilan menerima kecaman netizen.

Menjelaskan video itu, Shima berkata ia bukan isu yang besar kerana video tular itu dirakam dari sisi kemera yang berbeza sehingga ia dilihat gerakan seksi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain