suria

Hisyam Hamid digelar Zul Ariffin 2.0 gara-gara babak dukung Scha Elinnea, akui tak dapat elak kerana ada dalam skrip

Babak dukung antara Hisyam dan Scha dikecam netizen.

GARA-GARA aksi mendukung pelakon Scha Elinnea dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan, nama Hisyam Hamid menjadi sebutan ramai apabila ia turut dikaitkan dengan kes yang membabitkan Zul Ariffin sebelum ini.

Melihat perkara ini sebagai sesuatu yang sensitif untuk diperkatakan, Hisyam, 37, enggan mengulas panjang kerana bimbang setiap komen yang diberikan akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Penonton dah bijak, Hisyam Hamid tak perlu buka baju untuk ‘belanja’ babak tak penting!

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat cadang buka akaun TikTok... Hisyam Hamid bersedia ikut trend orang muda tapi malu nak menari

"Perkara ini terlalu sensitif bagi sesetengah pihak. Jadi lebih elok saya tidak bercakap banyak tentang perkara ini kerana bimbang akan disalah tafsir.

"Babak tersebut memang ada dalam skrip dan banyak projek lain sebelum ini mempunyai adegan seperti itu. Cuma penonton memberi perhatian kerana drama ini mendapat sambutan baik," katanya kepada mStar.

Video Hisyam mendukung Scha dalam drama tersebut yang dimuat naik di laman TikTok sebelum ini mendapat kecaman netizen.

hisyam hamid 2

Gandingan Hisyam dan Scha curi perhatian penonton.

Segelintir netizen menyamakan pelakon itu dengan Zul Ariffin dan mengelarnya Zul Ariffin 2.0.

Membaca komen-komen tersebut, Hisyam melihat ia satu perkara positif yang dianggap sebagai teguran untuk memperbaiki kesilapan.

"Benda yang negatif pun boleh dijadikan satu perkara positif. Ini adalah satu teguran buat saya.

Jadi lebih elok saya tidak bercakap banyak tentang perkara ini kerana bimbang akan disalah tafsir

HISYAM HAMID

PELAKON

"Sebagai pelakon saya sentiasa akan kaji dahulu sesuatu babak. Selama ini cuba untuk elak perkara sebegini berlaku tetapi ia terjadi kali ini," ujarnya.

Untuk rekod video aksi panas lakonan Zul bersama pelakon Siti Hariesa yang dimuatnaik pada 18 Mac lalu menerima kecaman teruk peminat dan turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Susulan itu Zul hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memberi keterangan

hisyam hamid 3

Lakonan Hisyam dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan juga mendapat pujian penonton.

Sementara itu, Hiysam juga meluahkan rasa gembira apabila drama lakonannya itu mendapat sambutan baik penonton.

Bagi Hisyam ia adalah satu kepuasan apabila usaha dan penat lelah sepanjang penggambaran drama tersebut dihargai.

"Memanglah saya gembira apabila drama kali ini mendapat sambutan. Penonton tidak tahu susah-payah yang kami lalui sepanjang penggambaran drama ini.

"Saya rasa puas apabila usaha dan kepayahan sepanjang penggambaran dihargai penonton dengan sambutan sebegini," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain