suria

Tiba-tiba tular foto kahwin, Ras Adiba mengaku nikah kali kedua dengan bekas suami

Ras Adiba syukur majlis pernikahannya dengan Mohamed Azam Ali yang berlangsung pada Khamis berjalan lancar.

MENGANGGAP jodoh masih kuat, bekas personaliti TV iaitu Datuk Ras Adiba Radzi kembali bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali buat kali kedua pada Khamis.

Ras, 54, melahirkan rasa syukur majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ras Adiba bergelar isteri Mohamed Azam dalam hiba tak dapat iringi pengebumian Wafa

"Ya, benar... saya berkahwin semula dengan orang yang sama. Kami pernah bercerai dan berkahwin semula. Alhamdulillah, jodoh antara saya dan suami sangat kuat.

Kami bercerai pun kami tak beritahu orang.

RAS ADIBA RADZI

AHLI DEWAN NEGARA

"Syukur Alhamdulillah... majlis pernikahan kami yang diadakan di Jawi, KL pada 12 tengah hari semalam juga berjalan dengan lancar.

"Kami kenal sejak tahun 86 ketika masih bertugas di stesen TV3," kata Ras ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Terdahulu, beberapa foto Ras dan suaminya yang disertakan ucapan tahniah dipercayai di majlis pernikahan mereka tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, Ras memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Ras Adiba

Ras Adiba anggap jodoh dia dengan Azam masih kuat.

"Tak perlu. Kami bercerai pun kami tak beritahu orang. Ini hal peribadi. Biar sahaja begitu, kerana setiap kita punyai jalan cerita masing-masing.

"Biar kita saling menghormati. Janji semua selamat," ujarnya.

Untuk rekod, Ahli Dewan Negara itu pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ras pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain