Video menangis ketakutan, Nabila Huda akhirnya 'update' status terkini - “Salam semuanya, saya okey... jangan risau”

Nabila memberitahu dia kini dalam keadaan bak.

PERKONGSIAN video pelakon Nabila Huda menangis teresak-esak apabila mendapati rumahnya dipercayai didatangi individu yang mencurigakan mencetuskan pelbagai spekulasi.

Rata-rata rakan selebriti meluahkan rasa bimbang dengan Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 36, namun ada juga segelintir warganet yang beranggapan ia sekadar lakonan atau gimik semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Nabila Huda menangis ketakutan di IG cetus panik rakan selebriti - “Macam nampak ada bayang hitam kat luar!”

Selepas beberapa jam mendiamkan diri, Nabila atau lebih mesra disapa Abil akhirnya tampil berkongsi keadaan dirinya dan memohon agar semua orang tidak berasa risau.



Nabila berharap semua orang tidak bimbang dengan keadaan dirinya.

"Salam semuanya. I'm ok... jangan risau," tulis Nabila secara ringkas di laman Instastory miliknya pada Khamis.

Bagaimanapun, Nabila tidak berkongsi lebih lanjut mengenai apa yang sebenarnya terjadi kepada dirinya.

Pada malam Rabu, Nabila berkongsi video dia tidak dapat mengawal perasaan takut apabila ternampak bayang individu berbadan besar memakai serba hitam.

Insiden tersebut berlaku ketika suaminya, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila tidak berada di rumah.



Video Nabila di Instastory mengundang kebimbang dalam kalangan netizen.

Perkara itu turut mendapat reaksi pelakon Datuk Fizz Fairuz yang meluahkan rasa bimbang jika sesuatu perkara buruk terjadi kepada kawan baiknya itu.

Dalam pada itu, Fizz ketika dihubungi mStar memberitahu dia masih belum kesempatan nak hubungi anak kepada penyanyi rock Amy Seach itu kerana sibuk dengan penggambaran.

"Saya belum dapat hubungi dia lagi... saya pun tengah shooting nanti-nantilah saya hubungi dia. Lakonan atau betul jangan buat main-main... bahaya tau," ujarnya.

Usaha mStar untuk menghubungi Nabila dan ahli keluarganya masih belum berjaya apabila kesemua mereka enggan memberikan sebarang komen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

GRS menang majoriti mudah PRN Sabah